Monday, May 14, 2012

yang penting kan usaha.:)



Hm.ye.Saya akan meninggal suatu hari nanti.
Saya tak mampu nk tulis buku.
Saya tak kaya nak sedekah banyak.
Cuma sesawang ini yang ada.
Semoga ia berguna.

Ada perkara berbangkit.Kenapa tukar Dp Pesbuk sama? Macam lah Israel nak ambil tindakan kalau semua orang pun pakai Dp sama.Israel berenti menjajah ke kalau semua orang ambil tahu pasal hunger strike ni?

Begini sahabatku yang dicintai.

Ingat tak kisah burung kecil yang berusaha membawa air untuk memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim?
Semua binatang cakap kat burung kecil tu."Buat apa lah kau simbah air burung.Takkan mati pun api itu kalau kau simbah, lagi-lagi dengan kudrat kau yang kecil itu."

Dan burung itu jawab.
"Aku bukan mahu api itu mati, aku cuma takut bila Allah mempersoalkan apa tindakanku untuk membantu nabi ini di akhirat kelak".
Kecil usahanya.Namun ia menyedarkan yang lain bahawa Allah itu akan mempersoalkan apa usaha kita untuk membantu agama ini.

Sekarang ni,kita dalam jalan dakwah dan tarbiyah.Dakwah tu bukan setakat kat masjid, dengar kuliah, pergi usrah, datang halaqah dan sebagainya.Eh, sapa kata tukar Dp tu bukan berdakwah?Tell me.*emosi*

‎''My current profile picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli prison service on the Palestinian prisoners. The logo on the right means "Shabas" and it is an abbreviation for the Israeli Prison Service. The purpose of changing this DP is just to spread the awareness about our brothers and sisters being imprisoned in Israel and currently on Hunger Strike.


Changing this DP cannot help them at all but one thing for sure is people will notice what is happening and perhaps all muslims can make du'a for them. That will change something.


You don't know before this? Now you know, and my DP's change is a success.''


Israel nak ambil tindakan ke tidak,itu terpulang.yang penting kita doakan aje mujahidin yang berlapar kat sana.Allah tak tgk dp pesbuk pun.Tapi sebenarnye ape usaha kita untuk ummah ini.
Nak buat,sila buat.Tanak buat, jangan mempersoalkan apa yang orang lain buat.*emosi lagi sekali* :D


Merdeka Palestina Merdeka.

Nakbah Palestina.



Apa eh sebenarnya nakbah?
Nakbah maksudnya malapetaka atau bencana besar.Nakbah Palestin pula merujuk pada pengisytiharan Negara Haram Israel yang diisytihar secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk Palestin secara sistematik dgn bantuan British dan PBB.

Perasan tak?arini dah 64 tahun merekan merobek tanah sejarah anbiya itu.Kalau manusia, umur 64 tu da kira senja warga emas yang tinggal tunggu masa.

Kesan Nakbah.
- Nakbah menyebabkan negara Palestin hilang daripada peta dunia antarabangsa.
- Lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu 800 ribu daripada 1.4 juta diusir keluar negara dan 30 ribu lagi dihalau kedaerah-daerah yang ditakluki mereka.
- 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Testimoni Nakbah.Dimana?
Banyak sangat yang boleh menjadi testimoni.Menjadi saksi mata apa yang berlaku.

Arafat Hijazi, slh seorang saksi yang masih hidup menceritakan.
' Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebulah pisau lalau membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau nazinya yang mengerikan itu.

Realiti setelah 64 tahun Nakbah.
- Penjajahan masih berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih banyak tanah iaitu lebih 90% dari keseluruhan bumi Palestin.
- Penangkapan dam memenjarakan orang-orang Palestin yang tak bersalah dilakukan sehingga lebih dari 12 ribu orang Palestin meringkuk dalam penjara Israil Laknatullah.
- Sekatan ekonomi dirancang kemas, sehingga orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
- Anak-anak Palestin dinafikan hak belajar sehingga jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah sangat sikit.
- Rejim Zionis tak malu-malu telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat kehidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara terbesar di dunia.
- 6.45 juta rakyat Palestib adalah pelarian yang hidup penuh kedhaifan sejak 64 tahun lalu.Inilah kes pelarian lama yang paling perit dalam sejarah peradaban dunia.
- Penyiksaan terhebat di Gaza merupakan krisis kemanusiaan terhebat abad ini.
-Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstrimist Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Rancangan masapanjang si Laknatullah.
- Pengyahudian Baitulmaqdis dan pembinaan Kuil Yahudi 'The Solomon Temple'.
- Pembinaan Israel Raya atau 'The Greater Israel'.
- Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Bukti kegagalan Zionis.
- Mereka masih gagal membina The Greater Israel wlaupun sekian lama mereka menjajah Palestin.
- Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height ke tangan Syria
- Intifadhah menyebabkan meerundumnya ekonomi Israel dan hilangnya ' rasa selamat ' dikalangan orang-orang Israel.
- Penghijrahan 700 ribu orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara barat sejak tahun 2000.
- Generasi muda Yahudi tak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis
- Sokongan seramai 5 juta orang bersama Amerika dan sekutunya gagal walaupun menentang Gaza yang hanya mempunyai 1.5 juta penduduk.
- Perjuangan umat Islam semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan orang-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam seantero dunia.
- Sudah tentu gagal kerana Janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.



Ambil beratlah dengan masalah ummah. Ambil berat.
Malaysia memang aman dan damai.Tak rasa apa yang rakyat Palestin itu rasa.Cuba bayangkan kita tiba-tiba  tanah dirampas lalu adik beradik ditembak dan dilapah didepan mata.

Sekarang ni tengah berlangsung mogok lapar di penjara Palestin.Kental semangat mujahidin-mujahidin ini.Kita ni kononlah sibuk exam.Sibuk jaga pointer.apalah nak dibanding iktiraf dunia. Sudah-sudahlah mengobar status pasal diri sendiri.Dah sampai masa menjadi matang.Hey.Poyo pun poyo lah.Pointer tu bukan apa-apa,tanpa redha Allah. Ingat tu.

8.38.15052012
Masih mengejar semangat itu.

Monday, May 7, 2012

Nak jadi jaja.

Entri pendek lagi merepek.

Mak.kokja nak jadi jaja.

080512.

Wednesday, May 2, 2012

Rindu kecintaan.

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah kebutuhan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan … 

Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan … 

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan … 

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan … 

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan obyekan…. 

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan … 

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini … 

Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan… 

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian … 

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos yang ngepas dan peta tak jelas … 

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah … 

Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan … 

Aku rindu zaman ketika binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo … 

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya … 

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya … 

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya … 

Aku rindu zaman itu … 

Ya Rabb … 

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami … 

Ya Rabb … 





-Kh Rahmat Abdullah.

Allah.Nikmat benar cinta ini.Cinta mencari sang Pencinta.Alhamdulillah.Hooyeah.:D

Saturday, April 21, 2012

Bangkit Jiwa Pemuda.






Kata Syeikh Ahmad Yassin.


Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah. tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh).
Aku bukan seorang penceramah yang lantang, mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (perlahan).


Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka  mengerakkan kerusi rodaku.


Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku.


Aku,

yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?
Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa?
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?
Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas.

Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.
Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan.
Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.
Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, 

“Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!."
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami?
Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri dari musuh) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan!
Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah).

Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin.
Tugas membela kami terpikul di bahu kalian.
Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.
Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami.

Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami.

Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah,
maruah yang ternoda,
kehormatan yang diperkosa,
kanak-kanak yang diyatimkan,
wanita-wanita yang di jandakan,
ibu-ibu yang kehilangan anak,
rumah-rumah yang diruntuhkan,
tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”


Mengenang As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.

220412

Thursday, April 19, 2012

Wanita adalah Fitnah


Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam buat baginda Muhammad s.a.w..

Rasulullah s.a.w telah bersabda :

ما تركت فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : Tidak kutinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kaum lelaki selain perempuan.

Adakalanya wanita menjadi separuh dari kebahagian lelaki, manakala diwaktu yang lain, wanita yang sama mampu bertukar menjadi racun yang sangat berbisa baginya.

Senjata Fitnah Wanita

(1) Tarikan dan airmata.

-perempuan ini sifatnya seperti magnet. Lebih-lebih lagi bila tarikan itu diiringi senjatanya. Airmata perempuan mempunyai kuasa yang luar biasa. Senjata ini ada juga pada lelaki, namun bila perempuan yang menggunakannya ia akan mendatangkan kesan yang lebih. Maka,dengan cara yang salah. Ia menjadi fitnah.

(2) Aurat

-wanita yang menjadi fitnah adalah wanita yang tidak mampu menjaga auratnya. Rasulullah sendiri telah memperingatkan dalam sabda baginda yang bermaksud :

Perempuan itu adalah aurat. Setiap kali dia keluar dari rumahnya, maka syaitan akan memerhatikannya dan berkata : Sesungguhnya engkau tidak melalui seseorang melainkan engkau memperdayakannya.

Diberitahu dari seorang yang soleh, syaitan akan berkata kepada perempuan itu : Engkau adalah sebahagian dari tenteraku. Engkau adalah anak panah yang setiap kali aku lepaskan maka pasti akan mengenai sasarannya. Engkaulah tempat rahsiaku dan engkaulah utusanku pada setiap kepentinganku.

Ketika Cinta Menjadi Fitnah.

(1) Fitnah keindahan.

-wanita dicipta dengan serba serbi yang mengasyikkan. Keindahan semuanya dikaitkan dengan perempuan. Lambakan lagu-lagu zaman ini juga memuji-muji kecantikan dan keindahan seseorang perempuan.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w : ' Sesiapa yang duduk dan mendengar perempuan yang menyanyi, pada hari kiamat kelak telinganya akan disumbat dengan inik (benda cair)'.

Keindahan suara. Islam menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara adalah kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu untuk pelbagai fitnah. Kerana sebab yang sama, maka Allah melarang sama-sekali perempuan melembut-lembutkan suara dihadapan lelaki, sebab suara yang demikian mengundang reaksi tidak baik di hati yang menghidap penyakit.

Sehinggakan di dalam solat sekalipun, perempuan tidak diharuskan mengangkat dan meninggikan suaranya. Sekiranya imam tersalah, cukuplah menegur dengan menepuk tangan sahaja. Suara itu ditakuti mengganggu kekhusyukan orang lain.

(2) Fitnah Mata.

- Firman Allah s.w.t :

يعلم خائنة الاعين وما تخفي الصدور
Ertinya : Allah mengetahui penghianatan mata dan apa yang terselindung didalam hati.

Hubungan antara mata dan hati adalah hubungan yang sangat rapat. Kan selalu orang kata,dari mata terus ke hati.Yang menjadi fitnah itu bukan kerana mata perempuan itu yang dah tersedia indah, tapi bila lirikan mata yang mampu menjatuhkan orang lain, terutama lelaki.

Sebab itulah Islam menyuruh supaya jangan memandang yang bukan hak dan menjaga pandangan.Demikian juga wanita disuruh supaya tidak memandang lelaki dan mengelakkan diri mereka daripada dipandang oleh kaum lelaki. Ia mampu menjadi fitnah berganada iaitu kecantikannya yang menggoda hati lelaki dan lirikannya yang mengisyaratkan apa di dalam hatinya.Kerana pandangan itu lamanya cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal dalam hati sepanjang hayat.

(3) Fitnah Rambut

-Rambut yang mendatangkan fitnah dan keinginan lelaki adalah yang dicantikkan sengaja untuk mencari tumpuan mereka. Oleh sebab ia mendatangkan fitnah lah,Islam menyuruh wanita memakai tudung. Dan dalam keadaan tertentu, adalah lebih baik berniqab. Dengan menutup rambut ini, kaum lelaki akan terpelihara dari dosa dan fitnah,juga menjadikan wanita itu dalam posisi selamat dari lelaki yang berpenyakit dalam hatinya.

Namun, seperti yang diketahui ramai, fenomena bonggol unta semakin rancak menjadi tumpuan. Banyak je rambut-rambut tiruan yang dijual dikedai-kedai. Siap pasangkan sekali kat anak tudung. Ingat tak ada satu hadis nabi yang berkata mengenai menyambung rambut. Mafhumnya, Siapapun wanita yang menambahkan rambut yang bukan bahagian dari dirinya dikepalanya, maka ia adalah suatu kepalsuan yang ditambahkan keatas rambut-rambut itu. Cantik ke pakai sanggul tinggi-tinggi?


Dan sebenarnya, ini hanyalah sebahagian sahaja daripada banyak lagi yang menjadikan wanita itu suatu fitnah. Sebagai perempuan, jagalah diri dari menjadi fitnah lelaki. Kita jaga diri kita, dalam masa yang sama kita pun boleh bantu mereka menjaga diri mereka.


Antara Sumber : Fitnah Wanita, Abdul Mun'im Qindil.

Wanita solehah ibarat mawar berduri. Kelihatan cantik dan lembut, namun bila didekati lelaki yang bukan hak, durinya menjadi perisai untuk memelihara diri.
Wahai muslimahku, jangan kau tumpulkan durimu itu. Kerana lelaki soleh hanya akan memilih mawar-mawar yang tajam durinya.

moga menjadi mawar yang tajam durinya.
amin.
(^_^)

Sunday, April 8, 2012

Aina syababi?

video
Dimana anak muda?

disini.leka.dengan.dunia mudanya.T_T

Saturday, March 24, 2012

Kenal siapa itu sahabat.


Berjalanlah di atas muka bumi,kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu.- 6:11

Erti bersahabat.

Suatu ketika, Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain. Lalu Umar bertanya kepadanya, "engkau pernah bermusafir dengannya?"

"Tidak pernah,"jawab lelaki itu.

"Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesunguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!"

Musafir adalah cara terbaik unuk saling kenal mengenal. Segala kesukaran, cabaran, masalah dan tekanan akan mengeluarkan wajah dan warna sebenar seseorang.


Ya.Aku merasainya.Musafir ini benarbenar membawa makna. Benar apa yang dikata saidina Umar itu. Musafirlah. Kau akan mengenali siapa itu sahabatmu. Mencabar iman,mencabar rasa.

Mac 2012.

Saturday, March 3, 2012

Yabedabedu.Alhamdulillah.


Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah yang memeberi setiap nikmat tanpa hentinya.
Syukur kepada Allah yang sentiasa mendengar rintihan hambaNya yang hina.
Syukur kerana masih diberi nikmat islam dan iman yang teguh dalam agama yang sempurna ini.

Imam as-Syahid Imam Hasan al-Bannadalam risalahnya menyatakan :
'Wahai saudaraku,boleh jadi sebaik-baik waktu bermunajat, berbisik-bisik dengan Allah iaitu waktu bersunyi-sunyi dengan Tuhanmu, waktu kebanyakan manusia tidur dengan nyenyak dan alam seluruhnya menjadi sepi. Jika malam melabuhkan tirainya dan bintang-bintang telah ghaib lalu menghadirkan hati dihadapan Allah dan mengingati Tuhan serta membandingkan kelemahan diri dengan kebesaran Tuhan, lalu bermesra ke hadratNya dan tenanglah hati dengan mengingatiNya, bergembiralah denganNya, beergembira dengan rahmat kurniaanNya."

Kadang-kadang kita selalu lupa yang sebenarnya Allah menjadikan kita sebagai seorang pemenang.Lupa dengan sentiasa meletakkan kebolehan diri ditahap yang rendah dan seterusnya memusnahkan keyakinan diri.



Allah itu Maha Tahu baik dan buruknya sesuatu perkara untuk kita.Walaweh.Yakin la dengan sangat bila Allah uji maknanya Allah tu saaayang dekat kita.Yakin bila kita rasa rendah dengan kelebiha yang ada pada teman-teman, sebenanrnya ada satu segi yang lain kita lebih bersinar berbanding mereka. Sebab Allah menjadikan kita pemenang sejak awal penciptaan.

Jalan hidup ni kadangkadang sukar, kadangkadang senang,kadangkadang lancar dan kadangkadang juga terbantut.Tapi, kadangkadang itulah yang menjadikan hidup kita sedap dan berperisa.Macam sup Puan Maznah itu.Kalau semuanya sama,tak ada ujian, x ada cabaran, mana nak tahu kemampuan sebenar? kan?ahai.bagi semangat pada diri. Anda mampu melakukannya.

Macam masuk gua tadi.Aiseh.-_-.konfiden mmg xada.Maklum.Bertubuh sasa macam ana ni biasanya kurang aktif dalam sukan lasak begitu.Namun! Kalau x dicabar diri, mana nak tahu setakat mana mampu kita jalani likuliku batu yang makdatuk punya besarbesar itu. Alhamdulillah.Allah masih selamatkan ana ini yang masih hidup serta dapat mengetuk papan kekuncian ini pada malam ini. Nah. Kan da tahu kemampuan! Itulah nama ujian.^_^

Baru tahu macam mana dahsyat gua yang gelita itu. Camna kan nabi masa berkhalwat sendirian didalam gua, berulang alik untuk bersunyisunyian.Tiba-tiba muncul Jibril.memberi amanah besar kepada Muhammad Mustafa. Banyaknya ibrah dalam mengajar erti pencarian ini.

Katakuncinya: Yakin Boleh!Iyahuuu!
em.jgn lupa sebut InsyaAllah.

dan yabedabedu.Alhamdulillah.Semoga Allah mampir dan semakin mampir dengan hati dan jiwa.Amin.

Wednesday, February 29, 2012

Serpih Asing

video

Aku mahu menjadi serpihan yang asing. Membela agamaMu dalam dunia yang asing.Bantulah aku.Jangan biarkan aku begini..Allah.


Sungguh.

Allah itu saaangat penyayang. Mari dengar suatu cerita, penawar hati saat aku sedih an hampir kefuturan bukan kepalang. Syukran ukhti-ukhtiku, meminjamkan bahu penawar kalian itu.

Suatu hari, Hanzalah termenung sendirian. Maka datanglah Abu Bakar melihat dan menegur Hanzalah.

'Hanzalah,mengapakah termenung sebegitu?'
'Aku ini munafiq ya Abu Bakar.Hanzalah telah munafiq.'
'Mengapa berkata begitu?'
'Aku ini ketika dihadapan Rasulullah,aku bersungguh-sungguh beribadat.Namun bila Rasulullah tiada, kesungguhanku tidak sepertimana adanya baginda'
'Jika begitu, aku jua munafiq!'

maka,mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. dan menyatakan apa yang mereka rasakan.

Rasulullah menjawab yang mafhumnya begini : tidak mengapa.Kerana manusia itu kejadiannya bukan seperti malaikat. Ada masanya iman menaik. Ada masanya iman manusi boleh menurun.Dan mereka pun tersenyum.Mereka bukan munafiq.Mereka itu sahabat yang disayangi Rasulullah.

Cantiknya budi pekerti Rasulullah. Menenangkan sahabat yang kerisauan.
Cantiknya budi sahabat-sahabatku yang menyayangiku.Sungguh,bantuan yang diberikan mampu merawat hatiku yang koyak dan robek.

Allah.Berilah mereka rahmat dan kasih sayangmu.

Aku mahu menjadi Mus'ab Bin Umair!


Saturday, February 11, 2012

Hei.Sabar itu indah tahu.:)

Bismillah.

Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman : 

 "Apabila aku telah berikan musibah kepada salah seorang hambaKu pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya".
(HR Dailami, AlHakim dan Tirmizi)

Sabar.Orang yang betul gojes dan sifu dalam ujian je boleh bersabar beserta dengan kecantikan taqwa setiap kali Allah jentik dengan sesuatu dalam kehidupannya.

Allah kadangkala melaksanakan cubaan didunia dengan memberikan ujian dalam bermacam bentuk, seperti :

1)Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit,luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh,rasa susah,gelisah dan macam-macam rasa lagi.

2)Cubaan melalui kekayaan,seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya

3)Cubaan melalui anak dan keluarga seperti sakit dan lumpuh.

Semua cecubaan-cubaan yang Allah uji pada manusia yang hina lagi marhaen ini bukanlah tanda Allah benci padanya.Semuanya adalah lukisan kecintaan Allah pada hambanya.

Kau futur,maka ketawa berdekahdekahlah syaitonrojim.

Kau jatuh,maka bersurak gumbiralah mereka.

Kau.Sabarlah.Tak mengapa orang lain memandang kau seperti alien yang pelik.Tak mengapa.Dia menjauhi kau?Tak mengapa.Kerana orang pelik itu istimewa.Moga istimewa dimata Allah juga.

Setiap ujian umpama coklat-coklat yang manis untuk dimakan.Manis.Bila kau tahu apa hikmah Allah turunkan ujian itu padamu.

" Dan jika kamu membalas kejahatan pihak lawan, maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama dengannya,dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah yang lebih baik bagi orang yang bersabar."

16:126


Hei.sabar itu indaaah tahu.series sumpah lagi indah dari menyalak marah.